CintA SejaTi KenanGan TerinDah
Saturday, 19 January 2013
adriana
BaB KETiGa Satu TAhun PErjanJian
“ woi anak orang kaya. Kau lepak dengan kita orang buat apa hah. Buang tebiat ker. Tak pun teringin nak makan rambutan. Kah kah kah ”
Baru sahaja Zul menetap dirumah bahagia Tanjung Rambutan, Zul sudah mempunyai beberapa kawan yang menyambutnya dengan tangan yang terbuka. Mereka kelihatan begitu gembira kerana mendapat kawan baru. Mereka memanggil Zul untuk berkumpul sekali bersama-sama. Zul seperti biasa hanya memdiamkan diri. Matanya masih setia memandang ke lantai. Dia tidak mahu mempedulikan sesiapa. Walaupun dalam diam dia merasa terhina kerana dihumbang ke rumah bahagia Tanjung Rambutan, dia tidak mengamuk bahkan dia ada berasa sedikit gembira kerana dapat berjauhan daripada Adriana. Zul bakal menetap disana untuk beberapa bulan sehingga dia pulih sepenuhnya. Zul diletakkan di dalam sebuah bilik jauh dari penghuni-penghuni yang lain. Bilik itu bakal dikunci dan dikawal rapi. Adriana yang ketika itu turut mengikut sekali berasa sedih melihat suaminya diperlakukan sebegitu. Adriana memberitahu Zul bahawa dia akan terus setia menemani disisi. Adriana memandang Zul dengan muka yang penuh harapan dan yakin Zul bakal berubah dan bersedia menerima dirinya kembali.
Pada hari kedua, Adriana datang dengan membawa bekalan makanan. Dengan langkah yang berhati-hati, Adriana melangkah masuk ke dalam ruang kamar dimana Zul sedang berada. Apabila zul melihat kelibat Adriana sedang perlahan-lahan melangkah masuk, Zul terus menjerit dam memaki hamun menyuruh Adriana berambus dari penglihatan matanya. Kawan-kawan baiknya dan ahli keluarga yang datang melawat turut dihalau keluar. Keadaan tersebut berlanjutan sehingga beberapa minggu. Pada suatu hari, seorang kawan baik Zul bernama Fuad datang menghampiri Adriana memberikan sesuatu idea.
“ apa kata, Adriana pergi dapatkan mala. Minta dia datang sini tenangkan Zul ”
“ Gila. Sebab perempuan tu , Zul jadi macam ni. Sampai kiamat sekali pun, Adriana tidak akan minta tolong dengan perempuan tu laaaaaa…”
Dengan muka merah padam, Adriana memarahi fuad kerana memberi pendapat yang tidak masuk akal. Tetapi fuad masih terus memujuk untuk mencuba terlebih dahulu. Setelah fuad menunjukkan muka yang bersungguh-sungguh bahawa yakin cara ini pasti berjaya menenangkan Zul, dengan nada suara yang sedikit merajuk, Adriana terpaksa bersetuju.
“ tapi kenapa awak saja yang tak pergi minta si perempuan tu datang sini. Awak kan kenal dia lebih lama. Kenapa Adriana pula yang nak kena pergi merayu kat perempuan tu ”
Rupa-rupanya, kawan-kawan Zul telah lama tahu tentang pengakhiran hubungan mereka. Zul telah memberi amaran untuk tidak pergi bertemu Mala. Zul mengugut sesiapa yang ingkar, Zul bakal memutuskan persahabatan. Mereka sangat mengenali Zul yang selalu memegang pada kata-kata. Dengan sebab itu Adriana menjadi pilihan utama untuk pergi bertemu Mala.
Pada hari Ahad dan sewaktu itu jam menunjukkan pukul lima petang. Adriana sedang duduk di atas batu disebuah taman rimba sedang menanti kehadiran Mala. Kalau diikutkan pada perjanjian mereka patut berjumpa pada pukul empat. Dah hampir sejam berlalu, Mala seolah-olah seperti memungkiri janji. Mungkinkah pepatah “habis madu sepah dibuang” sesuai digunakan untuk menggambarkan tingkah laku Mala yang seperti tidak mempedulikan Zul lagi. Kesabaran Adriana sudah semakin menipis. Dia sudah tidak larat untuk terus menunggu . Belum sempat Adriana hendak bangun dari tempat duduk, kelihatan Mala sedang berjalan dengan lenggang lenggok menghampiri Adriana. Walaupun mengetahui dia tidak menepati masa, Mala tidak meminta maaf kepada Adriana kerana telah menunggu lama.
“ apa yang you nak dari i.”
Mala memulakan perbualan. Dari situ mereka mula berbicara. Adriana memarahi Mala kerana melukakan hati dan perasaan zul. Adriana berharap Mala kembali pada Zul semula. Dia tidak mahu melihat Zul terus bersedih dan patah hati. Adriana sudah bersedia untuk berkorban demi kebahagian Zul.
“ you ni perempuan jenis apa? Laki sorang pun tak pandai nak jaga. And then you nak I kembali kat dia sedangkan you ni isterinya yang sah. Are you out of your mine. Tak pun you nak I bermadu. I think you are crazy girl.”
Mala langsung tidak bersetuju dengan cadangan Adriana. Mala memberitahu bahawa dia telah bersetuju menerima pinangan lelaki lain. Dia menyuruh Adriana pulang dan berhenti mengharap bantuan daripadanya lagi. Tetapi Adriana seperti sikapnya yang biasa tidak pernah mahu mengaku kalah. Adriana masih lagi terus memujuk Mala untuk pergi berjumpa dan menenangkan Zul. Adriana memberitahu bahawa betapa mendalamnya cinta Zul terhadap Mala. Adriana memberitahu lagi bahawa Zul telah menciptakan ruang bilik yang tersusun indah khas untuk Mala.
“ kenapa awak ni degil sangat. Awak yang pernah Adriana kenal langsung tak berperangai macam ini la. Adriana tahu, nun jauh disudut hati, awak mahu kembali pada Zul kan. Kenapa, laki yang awak dapat sekarang ni hebat sangat ke. Kakak Mala, tolonglah Adriana merayu. Adriana tidak mampu lagi melihatkan Zul terus merosakkan diri dia.”
Setelah begitu kuat sekali keazaman Adriana demi memulihkan Zul, Mala mula menceritakan sedikit sebanyak tentang lelaki baru yang muncul dalam hidupnya kini.
“ I memang sayangkan Zul dan I masih sayangkan Zul. You nak tahu berapa lama I ambik masa untuk mendekati dia ? satu tahun. Satu tahun I tergedik-gedik, terhegeh-hegeh mengharap Zul memandang i. Sedangkan semua jantan kat situ tak sabar-sabar nak berada dalam pelukkan i. Dia seperti tidak terpegun langsung dengan kecantikan yang I ada. Dia anggap I tidak pernah wujud padahal I tegur dia setiap hari.”
Adriana berasa khusuk mendengar kisah detik-detik perkenalan diantara mereka. Adriana terus tidak sabar untuk mengetahui bagaimana Mala mampu membuat Zul mencintai dia hampir separuh mati. Adriana mengetahui Zul adalah seorang yang sangat keras kepala, dingin dan ganas. Sejak mereka berkahwin, sukar untuk Adriana melihat Zul menunjukkan kelembutannya. Dengan perasaan gembira Adriana memberitahu Mala untuk terus bercerita.
“ suatu hari, I ambik cawan kesukaan dia. I rampas dari tangan dia. Dan waktu tu lah pertama kali I mendengar suara dia bercakap dengan i. walaupun nada dia tengah marah sambil menengking-nengking tapi I rasa sangat gembira. I rasa bertuah kerana apa yang I lakukan selama ini tidak sia-sia. Selepas itu perkenalan diantara kami sudah tidak sesukar dulu.”
Mala seperti mengelamun dalam riang ketika bercerita tentang Zul. Kenangan diantara mereka mulai menjelma. Sebelum sempat perasaan yang dahulu kembali mekar, Mala menceritakan pula lelaki baru yang dikenalinya.
“ you nak tau kenapa I terima pinangan lelaki tu. I langsung tak pernah kenai dia. Tiba-tiba ja dia datang meminang. Rupa-rupanya dia dah menaruh hati pada I sejak dizaman sekolah lagi. Bila dia dapat tahu I sedang bersama Zul, dia merajuk ke luar Negara and go to further his study. And then he come back membina empayar disini. Dia telah pun memiliki perniagaan dia sendiri.”
Sedikit sebanyak perihal tentang lelaki misteri itu mula diceritakan oleh Mala. Tetapi reaksi Adriana tidak seceria tadi. Dia berasa sedikit murung apabila Mala berhenti berceritakan tentang Zul. Adriana ingin sekali mengenali lebih dalam tentang Zul.
“ sebelum I terima pinangan dia, I ceritakan yang I ni… tak seperti dia sangkakan. I sudah rosak,hancur…. diri I ini tidak layak untuk dikahwini… Adriana… you sendiri pun tahu perhubungan I dengan Zul sudah sampai ke tahap mana. I sudah tidak suci. Tapi, dia masih sudi terima I seadaanya. Dia kata apa yang terjadi bukan salah I tapi salah dia. Kalau dia muncul lebih awal mungkil semua ini tidak akan terjadi. Dia sanggup nak bimbing I sebab I ini perempuan pertama yang pernah dia suka dan dia telah memuja I begitu lama… I tahu perasaan memuja seseorang… seperti I… dengan Zul.”
Makin lama Adriana mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh Mala, makin pelbagai-bagai persoalan yang muncul. Adriana tidak tahu untuk mengambil tindakan yang wajar demi kebaikan semua pihak. Sedikit sebanyak Adriana seperti hampir berputus asa dan hanya ingin menyerah pada takdir sepenuhnya. Ketika Mala melihat tingkah laku Adriana yang semakin binggung, Mala memberi sedikit petua untuk menceriakan Adriana.
“Adriana…apa la yang you rasa susah sangat ni. Semua laki sama ja. They all need belaian. you dengan Zul dah berkahwin dengan cara yang sah. Tak susah untuk you dapatkan dia. You sentuh la dia selalu. Pegang tangan ker, pipi, belai rambut waktu dia tidur. Mungkin dia akan rasa pelik dan marah tapi lama-kelamaan dia akan terbiasa. Kalau you nak dia yang mulakan dulu, memang tak la. Sebab dia masih ada hati dekat i. Jadi sekali sekala, you kena la jadi perigi cari timba. Kecuali, kalau you memang dah tak nak dengan dia. You lepaskan jela. I pun tahu tentang you dengan Hafiz, Zul ada cerita. You all really deserve a happiness.”
“ Kakak Mala… Adriana harap kak Mala sudi pergi berjumpa Zul. Jumpa dengan dia sekali sahaja pun jadi la. Lepas tu Adriana janji tidak akan ganggu kak Mala lagi.”
Seperti yang telah dijanjikan, Mala pergi menemui Zul untuk kali terakhir. Kawan-kawan Zul dan Adriana menanti dan bersembunyi disebalik dinding dengan perasaan hati yang berdebar-debar menunggu reaksi dari Zul. Belum sempat pintu bilik besi yang mengunci Zul dibuka, Adriana menghampiri Mala untuk memberikan sesuatu.
“ Kak Mala tunggu jap. Jangan masuk lagi. Kak Mala ambik teaser elektrik ni. Kalau Zul cuba nak menganas, Kak Mala cucuk ja kat perut dia. Biar dia senyap sikit. Kak Mala… Hati-hati ye.”
Mala rasa sedikit terhibur melihat gelagat Adriana yang tidak ubah seperti kanak-kanak berumur sepuluh tahun. Mala tersenyum dan memberitahu bahawa dia lebih mengenali Zul. Mala menyakinkan Adriana untuk terus bertenang.
Suasana dalam bilik kurungan begitu gelap dan sejuk. Bilik itu menjadi sedikit terang kerana ada cahaya yang menemani disebalik celahan tingkap. Pintu bilik besi itu telah pun dibuka dengan perlahan-lahan. Zul yang ketika itu sedang duduk diatas katil menolehkan kepala dan melihat seseorang sedang memasuki ruangan bilik puakanya. Mala melangkah masuk dengan perasaan yang tenang. Setelah sekian lama berpisah, mereka berdua telah bertemu kembali.
“Apa kau nak. Berambus.”
Seperti biasa, Zul yang masih lagi dalam keadaan marah telah menghalau Mala keluar. Tetapi Mala seperti tidak memberi sebarang reaksi untuk beredar. Dengan langkah yang perlahan, Mala terus datang menghampiri Zul yang sedang marah.
“ Kau pekak ker? Aku cakap berambus. Kau nak aku cakap berapa kali. Kau bukankah dah ada jantan lain. Kau pergi jela. Aku rasa meluat tengok muka kau. Aku bencikan kau. Kau berambus. BERAMMBUUSSSS.”
Walaupun telah ditengking dengan nada suara yang sangat keras, Mala masih lagi berusaha merapatkan diri untuk mendekati Zul. Lama-kelamaan, Mala telah berjaya duduk bersebelahan dengan Zul. Mala memandang Zul tanpa sebarang kata. Hanya memandang dan terus memandang lelaki yang sangat mencintainya.
“ Kenapa kau buat aku macam ni. Apa salah aku. Aku dah cakap, kalau kau cemburukan aku bersama dengan Adriana. Aku akan ceraikan dia hari ni juga. Aku dah tak peduli papa dan mama nak kata apa. Hidup aku tak bermakna kalau kau tiada. Aku hidup demi kau Mala…”
Mala yang sedang duduk bersebelah tidak mampu berkata apa-apa jua. Dia masih lagi mendiamkan diri sambil tidak jemu-jemu memandang wajah Zul kesayangannya. Adriana yang ketika itu sedang leka mengintai terasa sebak kerana Zul memang mahu melepaskannya tanpa sebarang ragu. Didalam hati Adriana hanya berharap Zul kembali pulih semula dan ceria bersama kawan-kawan dan ahli keluarganya. Adriana tidak mampu lagi mengharap mahligai perkahwinan mereka bakal berkekalan.
“ Kau tahu aku sunyi?”
“ I tahu ”
“ Kau tahu aku sangat rindukan kau?”
“ I tahu ”
“ Kau tahu aku sangat sayangkan kau?”
“ I tahu”
“ habis. Kenapa kau masih mahu tinggalkan aku?”
Apabila mendengar Zul menanya soalan tersebut, Mala hanya mampu diam. Mala juga berperasaan seperti Zul. Cinta diantara mereka telah berputik begitu lama. Kalau tidak kerana perasaan belas kasihan terhadap Adriana, Mala tidak mungkin mahu melepaskan Zul.
“ Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidup aku hanya diwarnai dengan bayang-bayang kau. Mala… kau menyempurnakan lagi kesempurnaan diri aku. Aku tidak sanggup membayangkan hidup aku tanpa kau menemani aku disisi…”
Dengan tidak sengaja air mata yang telah ditahan begitu lama mulai gugur didepan Mala. Zul menangis sambil merayu supaya Mala kembali ke pangkuannya semula. Hati Mala kian terdetik untuk menerimanya semula. Dengan perlahan-lahan, Mala memeluk dan meletakkan muka Zul kepangkuan riba. Zul masih lagi terus menangis dan melepaskan semua rindu yang telah terpendam begitu lama. Dengan perasaan kasih sayang, rambut Zul dibelai dengan penuh manja. Lama-kelamanya Zul menangis sambil tertidur didalam pangkuan Mala. Adriana berasa terharu melihat pasangan kekasih ini yang sedang berjuang untuk berkorban. Kakinya menjadi sangat lembut dan tidak mampu untuk berdiri lagi. Adriana terduduk disebalik dinding sambil mula memikirkan sesuatu.
“ Nah. Ambik balik teaser ni… tengok kan kak Mala dah kata akak tak perlukannya. Adriana jangan risau lagi. Zul dah mula tenang. Dia jadi macam tu sebab dia terlalu lama memendam perasaan. Dia tak tahu pada siapa dia nak mengadu. Lepas ini Adriana kena janji dengan kak Mala… kalau Adriana betul-betul sayangkan perkahwinan ini. Adriana kena banyak sangat bersabar. Adriana kena banyak mengalah. Mungkin suatu hari nanti, Zul bakal mencintai Adriana lebih dari dia mencintai kakak ”
Adriana terkejut dan terbangun dari lamunan setelah disapa oleh Mala.Adriana tidak tersenyum dan tidak bersedih mendengar kata-kata dorongan dari Mala. Adriana cuma berasa sangat terhutang budi dengan kesediaan Mala untuk sudi membantu. Dia telah berkorban untuk melepaskan perasaan sayangnya terhadap Zul. Sekira diikutkan, perkahwinan seorang lelaki tidak bermakna berakhir kisah cintanya kerana lelaki dibolehkan berkahwin lebih daripada satu. Konsep adil itu sangat sukar untuk dimengertikan. Asalkan kedua-dua pihak gembira sudah cukup untuk seorang lelaki membahagiakan beberapa orang perempuan. Tetapi berlainan bagi kaum hawa. Perkahwinan adalah pengakhiran bagi mereka. Seorang wanita yang bergelar isteri hanya wajib setia pada seorang suami. Perasaan sayang tidak boleh berputik kepada insan asing yang lain. Telah menjadi lumrah sejak azali lagi. Seorang wanita diciptakan untuk menemani seorang lelaki. Disebabkan itu, sebahagian dari lelaki telah diambil untuk menciptakan hawa. Dan disebabkan itu juga, lelaki akan berusaha mendampingi dan memiliki kaum hawa untuk dia mencari sebahagian daripada dirinya yang telah hilang. Mungkinkah Mala ataupun Adriana adalah sebahagian daripada dirinya yang telah hilang. Mungkin juga kedua-dua mereka ini adalah pelengkap kesempurnaan diri Zul. Selagi kita hidup, makna sebenar Cinta Sejati tidak mungkin bakal dirungkai. Rahsia keagungan ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Pada keesokkan harinya selepas Zul berjaya ditenangkan oleh Mala, Adriana pergi melawat Zul seperti hari-harinya yang lain. Adriana meminta kebenaran dari Zul untuk memasuki ruang kamarnya. Ditangan Adriana terdapat juga beberapa bekalan makanan yang sudah siap dimasak. Baunya yang menyelerakan dapat dihidu dengan jelas.
“ Aku tak nak tengok kau la. Keluar kau dari sini. Berhentilah dari terus menganggu aku. Tak cukup ker dengan apa yang aku dah buat dekat kau. Keluar la…”
“ tak mo… Arini kan, saya ada masak lauk yang sedap untuk awak. Lauk petai dengan udang sambal tumis. Sedap nyam nyam. Jom la awak, kita makan together-gether ”
Dengan senyuman yang manis dan wajah yang ceria, Adriana mempelawa Zul untuk merasakan masakan istimewanya itu. Dengan langkah yang bertenaga, Adriana menghampiri Zul dengan perasaan yang gembira.
“ hoit.. pergi pergi… apa ni tergedik-gedik kat sini. Pergi… pergi… aku dah makan tadi. Apa yang aku nak, kau berambus… pergi la main kat tempat lain… aku dah tak nak duduk bersama dengan kau la… shuuh”
Walaupun telah dihalau berkali-kali, Adriana tetap degil. Mungkin nada suara yang digunakan tidak begitu keras menyebabkan Adriana berasa selesa dan tidak takut dengan Zul.
“ janganlah macam ni. Paling-paling tak pun rasa la sedikit. Penat je air peluh ni keluar mencurah-mencurah. Awak makan seketul udang je. Lepas tu kita sembang-sembang la sikit ”
Seperti seronok mencucuk sarang tebuan, Zul mula mengamuk apabila permintaannya seperti dipermain-mainkan. Zul memandang Adriana dengan muka dipenuhi oleh urat-urat marah. Dengan nada suara yang kembali meninggi, Adriana ditengking dengan kasar.
“ woi babun yang pekak badak. Aku cakap keluar… keluar… nanti aku hentak kepala kau dekat udang tu baru kat tau. Kau nak rasa lagi ker penanggan lelaki dayus ”
Ketika melihat Zul kembali menjadi panas baran, Adriana mulai berasa takut. Dengan kaki yang terketar-ketar, bekalan makanan itu diletakkan diatas meja. Dengan langkah yang berhati-hati Adriana menghampiri Zul. Adriana cuba duduk disebelah Zul seperti mana yang dilakukan oleh Mala semalam. Dengan hati yang berdebar-debar, Adriana berjaya merapatkan diri. Ketika mereka duduk bersebelahan, Adriana cuba berkata-kata untuk menghilangkan perasaan marah Zul. Nada suaranya sangat lembut dan menenangkan. Walaupun Adriana begitu hampir dengan Zul, dia seperti tidak marah seperti dulu. Dia hanya diam dan memalingkan muka dari melihat Adriana. Setelah berasa diri sendiri bercakap berseorangan, Adriana duduk melutut dihadapan Zul. Jari-jemari tangan kirinya mengenggam erat jari kanan Zul sambil tangan kanannya membelai lembut pipi Zul. Adriana cuba untuk memaksa Zul untuk melihatnya dengan menolak pipi Zul dengan pergerakan yang manja.
“Adriana tak tahu nak buat apa dengan awak. Kadang-kadang awak dingin, kadang-kadang awak baik. Adriana tahu Adriana ni tak sempurna untuk awak tapi… Adriana cuba untuk jadi yang terbaik. Adriana nak awak berikan Adriana tempoh satu tahun. Adriana janji dalam tempoh setahun, Adriana akan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian awak. Adriana akan pastikan awak hidup dengan gembira bila bersama dengan Adriana.”
Apabila mendengar Adriana berkata-kata dengan begitu bersemangat, Zul memandangnya dan bertanya sesuatu.
“ apa akan jadi kalau dah lepas setahun, tapi aku tiada apa-apa perasaan pun terhadap kau. Apa kau nak buat? ”
Dengan senyuman dan mata yang bercahaya, Adriana menjawab pertanyaan Zul tanpa sebarang ragu-ragu.
“ Adriana pasrah untuk bercerai tapi… awak kena janji yang awak juga akan berusaha bersama dalam tempoh setahun tu.”
Setelah mendengar jawapan yang begitu kukuh tanpa sebarang kesalan, Zul memalingkan mukanya dan kembali memandang ke arah tingkap. Dalam hati Adriana berasa tenang kerana Zul tidak membangkang. Adriana berharap satu tahun merupakan satu tempoh yang cukup untuk memiliki jiwa dan perasaan Zul. Dia akan terus bersabar menjaga kebahagiaan rumah tangga mereka. Untuk pertama kali dalam sejarah hidupnya, Adriana memejamkan mata dan merehatkan diri dipangkuan riba suami yang bakal menjadi insan kesayangan untuk sepanjang hidupnya nanti.
BERSAMBUNG...
Subscribe to:
Posts (Atom)